Sunday 26 January 2014

Tambun : Cuti hujung tahun - Episod 1

Cerita tahun lepas. Tak basi lagi kot.. Okey, jom kita mula..

Tujuan ke Tambun, Ipoh sebenarnya atas urusan family gathering En. Anaf & kawan2 Rotu nya. Kami anak beranak follow aje. Tumpang bercuti....Kami sampai di Tambun pun sudah magrib. So, elok aje sampai sana, tunggu sebentar untuk urusan check in dan terus dapat bilik.

Lost World Hotel
Hotel yang betul-betul berhadapan dengan theme park. Hanya perlu berjalan kira-kira 200-300 meter sahaja. Jika anda memang bercadang merancang percutian sepenuh masa di Tambun, lebih mudah jika anda menginap di Hotel ini. Harga pun berpatutan.

Sebenarnya, Organizer untuk gathering ni yang uruskan semua penginapan untuk setiap pasangan. Kami disediakan pakej 3  hari 2 malam di hotel ini. Pakej disediakan dengan tiket untuk 2 hari (2 malam) untuk masuk ke Lost World Hot Spring & Spa untuk 2 orang dewasa dan tiket untuk sepanjang hari (1 hari yee) di Lost World Theme Park. Untuk kanak-kanak, sila beli tiket sendiri ye.. 

Apa yang boleh kami komen, bilik hotel yang kami tidur adalah selesa untuk kami bertiga.

Jom tengok bilik... 

Katil

ada TV

Bilik air yang selesa


ada peti simpanan barang untuk keselamatan
Lupa pulak, sarapan pagi pun disediakan. Cuma perlu berjalan ke arah Theme Park sebab cafe adalah di sebelah pintu masuk ke Theme Park.

Makanan yang disediakan ok, sedap. Menu untuk sarapan la katakan.. Sorry ye gambar takde.. Cuma ada gambar budak tecik ini tengah sarapan.





Anaf Jr.
Okey, cerita pasal tempat penginapan sudah. Next entry pasal theme park pulak ye...

See ya.