Saturday 22 February 2014

Tambun : Cuti hujung tahun - Episod 4


Sambung di sini ya..

Ada lagi yang menarik di sini.. Kami jalan lagi dan jumpa,


Ini adalah di dalam Tin Valley.  Ada tempat untuk mendulang bijih timah. Anda boleh cuba mendulang. Gambar tak dapat nak tunjuk. Boleh datang tengok la senang cakap. hehe 

Lepas itu, kami terus berjalan ke Lost World Petting Zoo. Banyak haiwan boleh tengok di sini. Kanak-kanak harus masuk ke sini. Boleh belajar tentang haiwan-haiwan yang belum pernah dilihat. 





Di Zoo ini juga, anda boleh mencuba menangkap ikan..




Ok, penat dan puas berjalan. Kami dah nak balik ke water park. Anaf Jr. cakap nak mandi lagi.. Ohh!!


Over tak? hehe

Oh ya, di water park, ada juga Sandy Bay. Boleh mandi-mandi dan main pasir di sini.


Penat berjalan, Anaf terus ke food court untuk membli makanan. Di ingatkan, di dalam Theme Park ini tidak dibenarkan membawa makanan dari luar ye. Ada pelbagai pilihan, rojak, mee goreng, nasi tomato, nasi ayam dan lain-lain. Yang paling panjang beratur adalah untuk beli nasi ayam. Dan memang tak rugi beratur panjang, nasi ayam boleh tahan sedap.

Rasanya sampai sini saja kot. Habis tertunai hutang Anaf untuk entry Tambun ini.

Jumpa lagi.

Bye!

Tambun : Cuti hujung tahun - Episod 3

Hai!

Jom dengar cerita dari Anaf terus.

Harga tiket masa kami datang Disember 2013 yang lepas adalah;

Dewasa           : RM48.00
Kanak-kanak  : RM41.00

Kanak-kanak bawah ketinggian 90cm adalah percuma..

Selain dari Hot Spring, ada 5 lagi aktiviti menarik di dalam Theme Park ini. Ada:
  • Water Park
  • Amusement Park
  • Tiger Valley
  • Lost World Petting Zoo
  • Tin Valley 
Banyak kan? Berbaloi dengan harga yang dibayar.

Nampak-nampak aje air, mesti la yang seronoknye budak-budak.. Ada zon khas untuk kanak-kanak yang dipanggil Kid Explorabay. Rasa 4 jam pun budak-budak tak puas main. Ada pirate ship, ada slides, fountains dan macam-macam lagi.. Jom tengok gambar






Menarik kan?

Lepas puas mandi, kami ajak Anaf Jr. jalan-jalan. Mula-mula, berat juga hati budak kecik tu. Nak main air je.. Kami ajak tengok tiger. Ok, ajakan diterima..

Next, kami mula berjalan ke dryland pula. Ada Amusement Park. And boleh main @ naik macam-macam. Ada Adventure Express, Dragon Flight, Lupe's Adventure dan lain-lain. 

Ini di antara yang sempat kami ambil gambar..  Tapi tak naik.. hehe





Lepas tu kami nampak,





Tapi tak masuk jugak... hehe.. Tengok dari luar aje...

Kami berhajat nak tengok tiger.. Elok je jalan sikit lagi jumpa... Tiger Valley




Friday 21 February 2014

Tambun : Cuti hujung tahun - Episod 2

Sorry.. Lambat untuk sambung cerita... banyak yang nak diperkatakan tentang Lost World of Tambun ini. Memang best dan sesuai untuk bawa anak-anak kecil datang. Salah satu tarikan yang ada di sini adalah Lost World Hot Springs & Spa.

Okey, jom mula cerita..

Kami sampai pun dah Magrib, terus check in hotel, mandi dan solat. Perut dah kenyang sebab petang tu dah kenyang makan sebab kawan-kawan En. Anaf buat BBQ di Gua Tempurung. Elok selesai semua tanggungjawab, terus siap-siap untuk berendam air panas di Lost World Hot Springs & Spa 

Boleh baca dalam link yang saya attach di atas ye. 

Ini dia....  

Kanak-kanak kena ukur dulu ye...
Tiket boleh dibeli di kaunter sebelum masuk ke dalam. Harga tiket Anaf mohon maaf sebab tak tengok harga time tu. Sebab, pakej yang kami ambil ni, dah termasuk 2 kali entry untuk masuk ke Host Spring ini. Terlupa pula nak check untuk korang. Tapi kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm adalah free. Masa masuk ke Hot Spring ini adalah dari jam 6.00 pm hingga 11.00 pm. 

Suasana di dalam

Ada beberapa kolam air panas untuk anda berendam. Itu adalah di antaranya. Cuba, jangan tak cuba...

Next entry, Anaf akan cerita pasal theme park pula.. 

Bye!






Lemang To'ki sedap!

Hai!

Moh kite dengar cerita pasal lemang pulak. Lemang ni bukan saja kita boleh cari time hari raya. Tapi sekarang, boleh didapati bila-bila masa sahaja. Cuma kena cari je. So, pada sesiapa yang mengidam nak makan lemang tp bajet time hari raya nanti tengah berpantang, so, korang boleh dapatkan lemang ni awal-awal before hari raya. Okey?? Anaf boleh syorkan kedai lemang yang sedaaaappp untuk korang.

Ini dia....

Lemang To'ki
Kedai ini terletak di jalan utama untuk ke Raub dari Bentong. Boleh guna perkhidmatan En. GPS kalau tak jumpa ye. Kalau anda berhajat ke Cameron Highland dari KL, bolehlah singgah di kedai ni jika anda naik Cameron ikut jalan Raub. Alamat rasmi yang saya dapat dari Lemang To'ki

Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong Town, Bentong Pahang

Menu pagi, tengah hari sampai petang memang ada disediakan. Dari roti canai, nasi lemak dll untuk makan pagi, nasi campur untuk tengah hari, makanan petang, makanan Ala Thai waktu malam sampai la ke makanan western. Boleh kata, semua lengkap. Lemang pulak, sentiasa dibakar. Memang puas hati. 

Tengah hari, ada daging, ikan, terung salai... gulai itik, ayam bakar cicah dengan air ayam.. wow!!! Macam-macam ada tapi untuk tengah hari, Anaf tak pernah cuba. Cuma tengak menu yang ditulis di White Board. Terliur saje bila baca.   Satu hari, mesti nak cuba!

Ini antara menu yang Anaf cuba.

Lemang Daging
Kalau dah datang kedai lemang, rugi la kalau tak cuba menu utamanya kan? Pelbagai pilihan untuk lemang. Daging, ayam, serunding. Pilih aje.. Harga sepinggan dalam RM4 ke Rm6. Boleh juga kalau nak sebatang lemang terus Harga dalam RM8 ke RM10 untuk sebatang.


Sup Ayam
Anaf Jr. request nak makan nasi dengan sup ayam. Mintak sup ayam tak nak pedas. Bila sup sampai, sekali tengok, macam tomyam, tapi bila makan, memang sup ayam dan tak pedas. Sangat puas hati. Sedap! Nak habis nasi 1 pinggan Anar Jr. makan. Terkejut kami tengok.


Chicken Chop

Menu tambahan kami. Hehe.. Sedap!.. Hiasan menarik, makanan penuh 1 pinggan. Harga dalam RM11 aje. Puas hati. 

Best tak?.. hehe.. Jangan tak tahu, ramai artis yang dah singgah makan di kedai ni.. Time kami datang ni pun baru lepas Magrib, hampir penuh meja.. Percaya tak? Cuba tengok..



Kepada sesiapa yang berminat, boleh juga baca dan view banyak lagi gambar di Lemang To'ki

Okey, jumpa lagi!! ada lagi yang nak dikongsikan nanti..

Bye!!!

Jumpa lagi!!

 P/s: Kedai ni sedia menerima tempahan. boleh email pada;
  • lemangtoki.bentong@yahoo.com
  • atau hubungi 09- 222 1587


Happy Birthday Anak sayang!

WOw! Lama sungguh tak update blog. sibuk!!

Jom dengar lagu untuk anak sayang dulu!. Happy Birthday sayang! Moga menjadi anak yang soleh dan beriman



Kami sayang kamu!