Saturday 12 April 2014

Kyoto ku sayang - Episod 1

Hi All!!

Salam! 

Sebelum kita bercerita panjang pasal aktiviti jalan-jalan kami, kita cerita dulu pasal penginapan. Sampai saja di Narita Airport, adik tersayang (haha.. hi Mie!) ambil kami bersama senior nye Achok lesungpipitcomel (hehe.. hi Achok.jgn marah ye..) untuk rehat-rehat dan makan-makan sementara teruskan perjalanan dari Tokyo ke Kyoto. Untuk memudahkan pergerakan, kami sewa sebiji kereta yang boleh memuatkan 8 penumpang dengan selesa. Perjalanan ke Kyoto ambil masa 5 - 6 jam jika anda pandu kenderaan sendiri. 

Ok, berbalik kepada hal penginapan, sebenarnya, banyak pilhan website untuk anda semua rujuk tempat-tempat penginapan. Samada boleh tengok hotel / homestay/ sewa bilik saje dari Agoda , Asiarooms  Airbnb .. banyak lagi rasanya
Tp pilihan kami adalah Airbnb.Taip je tempat mana nak pergi, mesti banyak pilihan yang keluar. Korang boleh pilih samada nak menginap di apartment ke, rumah tradisional jepun ke.. Macam-macamlah.. Rumah pilihan kami adalah.... Teng teng teng..... haha... Rumah nobita!.. 


Kinugasa Akasakacho Kitaku, Kyoto, Kyoto Prefecture 603-8486, Japan
Kami pilih rumah yang berkonsepkan tradisional Jepun. Ruang dalam rumah pun selesa. Kelengkapan rumah disediakan. Tuan rumah sediakan  1 Tatami room, 1 bilik tidur, ada dapur, 2 bilik air, siap ada shower dan bath tab lagi.
Boleh main sementara tunggu yang lain bersiap

Dapur yang selesa

Rumah di Jepun memang akan sediakan sekurang-kurangnya 2 jenis tong sampah ikut jenis sampah. Bagus!

Bilik Mandi yang luas

Bilik mandi ada showe & bath tab. Comel je tgk

Bilik air tingkat bawah

Bilik tidur tingkat atas, Tp kami ber8 lepak tidur bawah je. Atas tilam tatami

Pandangan luar dari tingkat atas

Kawasan luar rumah yang luas
Okey, itu saja untuk tatapan anda tentang rumah di Kyoto. Memang rindukan rumah ini!! Tuan rumah pun comel dan bak. Cuma tak berkesempatan untuk berjumpa disebabkan kekangan masa.

Kawasan di sekitar rumah pun sangat berdekaan dengan Golden Pavilion (tak sempat nak pergi walaupun dekat... sedih!!)

Anda hanya perlu berjalan dalam masa 5 minit untuk ke bus stop terdekat (Kinugasa Himurocho) dan 20 minit berjalan ke main bus stop (Ritsumeikan Bus Terminal). Untuk maklumat lanjut, boleh cek website Airbnb atau pm Anaf sahaje...

Harga rumah ni kami dapat dalam RM351 semalam jika booking awal.. Rasa macam murah kan? dan berbaloi... oh ya, untuk pengetahuan anda, jika anda nak cari rumah / hotel di Jepun, kebiasaannya, Tuan rumah akan limit kan hanya kepada untuk beberapa orang di dalam rumah mengikup harga yang ditetapkan. Jika ada penginap tambahan, perlu tambah harga.. Tapi untuk rumah ini, tiada extra charge dikenakan.. Alhamdulillah..

Okey, ini sahaja untuk entry kali ni. Next entry, cerita rumah di Tokyo pula ye.. Sebelum cerita panjang pasal aktiviti jalan-jalan lain..

Sayonara!! 

Saturday 5 April 2014

The day I fall in love

Narita Airport
Trip pada 12 Mac - 19 Mac 2014.

Belum sempat untuk diceritakan.

Next time, okey?

Bye!
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s : Miss U.................Japan!