Wednesday 17 September 2014

Sup Peria Sawi Ayam. Camane sebutnye tu???

Salam!

Ini dia.. Taaarrrrraaaa!!!

sup ayam bersama sawi dan peria

Macam yang saya cakap sebelum ni, nak kongsikan makanan berpantang semasa bersalin yang saya cipta! Cipta la sangaatt. tp betul.. Sume ni setelah ari2 tengok Taste With Jason kat #703. Ada sekali Jason jengok ke satu restoran Cina ni.. dia buat sup lemak daging letak Peria. memang ramai pelanggan datang restoran tu semata-mata nak makan sup peria tu. Walaupun sebenarnya daging yang digunakan daging Khinzir, kita sebagai umat Islam ni xpayah la nak ikut 100%. Pn. Isteri terpikir, boleh je kita tukar daging tu dengan daging ayam. Yang sememangnya kita tau, ayam memang akan kuarkan lemak dia sendiri walaupun kita xletak minyak langsung dalam sup.

Oh ya, tapi ayam ni saya berani betul-betul makan lepas minggu ke 3 saya berpantang. Sebabkan dalam 1st week pantang try makan ayam, tapi Ya Allah, memang gatal. 2 ari makan baru tersedar. Then, memang xmakan dah..

Ok, berbalik pada menu ini. Ni resepi yang Pn. Isteri buat. 

Sup Ayam bersama Peria Sawi

1)   4 atau 5 ketul Ayam  (Untuk sehari makan.. Letak lemak lagi best!! Tapi ingat, korang berpantang, jangan makan lemak2 yee) 
2)   Setengah biji Peria  dibelah 2 dan dihiris nipis2
      (Diorang guna peria panjang sebab tak pahit katanya. Tapi kat umah ada Peria katak aje)
3)   1 pokok sawi
4)   3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
5)   1 ulas bawang kecil (dihiris nipis)
6)   1 inci halia (dihiris nipis)
7)   1 batang serai  (tumbuk sikit tapi jangan sampai hancur)
8)   garam (Ikut citarasa anda)
9)   Air

Cara-cara:

Kesemua bahan terus dicampur di dalam periuk dan dimasak bersama kecuali bahan no. 2, 3 dan 8.
Lepas ayam agak masak, masukkan peria yang telah dipotong nipis. Peria ni Pn. Isteri rendam dulu bersama air garam. Sebab petua orang-orang tua, jika xnak bagi peria pahit, rendam dalam air garam sekejab. Memang betul, xrasa pahit tu. Lepas peria masak, Pn. Isteri terus masukkan sawi dan garam. Sawi ni xboleh masak lama2. nanti layu terus.
Resepi ni Pn. Isteri xletak kulit kayu manis segala bagai tu sebab Pn. Isteri xtumis.

Lepas tu, siap untuk dihidangkan.

Menu ni Pn. Isteri masak sebab senang. Sekali lebur je. Anak pun boleh makan sekali. Sbb favorite Anaf Jr. memang sup. Tapi Pn. Isteri xbagi peria dalam pinggan anak. tapi ganti dengan carot. Ops lupa pulak, di samping letak sayur-sayur dalam resepi di atas, puan^puan boleh masukkan carot jugak ye... Kali ni Pn. Isteri xletak sebab carot habis.

Kebaikan peria dan sawi ni untuk ibu-ibu brpantang dan menyusu, sayur-sayur ini boleh bantu memperbanyakkan lagi susu anda.. cuba la ye!!

Selamat mencuba!!  dah jadi nt, inform Pn. Isteri k!..

Da..

  

Saturday 6 September 2014

Update!

Salam readers!

Lama berhabuk blog. berbulan! ok, banyak cerita sepanjang kehabukan blog ini.

New family member in the house!! Anaf Jr. 2 was born on 13 August 2014. Bermula adegan pantang memantang. Alamdulillah pilihan kali ni unuk berpantang sendiri di rumah sendiri. Cumanya, 2 minggu berpantang di rumah mertua. Sebabnya, Pn. Isteri sayang unuk tinggalkan En. Suami dan Cik Abg sulung sendiri di KL.

Pn. Isteri ambil kesempatan untuk update beberapa makanan berpantang yang Pn. Isteri ambil sepanjang berpantang. Tapi ampun, update untuk cerita Trip ke Japan akan di update bila masa yang sesuai. Panjang okey!!

Pn. Isteri juga berminat untuk update pasal breastfeeding journey sepanjang kelahiran Anaf Jr. 2. Dan Alhamdulillah, Cik Abang sulung, Anaf Jr. merasa susu Ibu sepenuhnya sepanjang 2 tahun sejak dilahirkan. dan Alhamdulillah, sekarang 4 tahun berlalu, Pn. Isteri mulakan semula kisah BF yang ditinggalkan hampir 2 tahun. Sangat lama!  Mungkin ada tips2 atau preparation untuk Ibu2 muda yang boleh Pn. Isteri kongsikan.

Sebelum tu, Pn. Isteri nak kongsikan cerita kelahiran Anaf Jr. 2. Alhamdulillah, seorang lagi hero lahir untuk sempurnakan lagi hidup famili kami. Pilihan kami untuk bersalin di tempat yang sama seperti Cik Abang sulung lahir iaitu PUSRAWI Jalan Tun Razak. Alasannya, En. Suami dan Pn. Isteri selesa dengan hospital yang rakan bayi dan sokong BF 100%. Doctor sepanjang antenatal checkup dan kelahiran yang sama dan Alhamdulillah banyak membantu Pn. Isteri sepanjang kelahiran degan bercirikan Islamic Hospital. 

Bagi yang tengah memilih hospital untuk kelahiran, PUSRAWI ada buat pakej bersalin dengan pakej di antara RM2,000 hingga RM2,350 untuk bersalin normal. Korang boleh baca advertisment di bawah ataupun terus lawat ke PUSRAWI  untuk maklumat lanjut.


Untuk pengetahuan korang, Suami dibenarkan meneman si Isteri sepajang berada di labour room. Suami dibenarkan menyaksikan kelahiran norman.

Dan lagi, apa yang menarik dan best nya, selepas saje Anaf Jr. 2 dilahirkan, baby di lap sekejab dan akan diletakkan terus di atas dada si Ibu selepas saja dilahirkan selama 1 jam. Lama kan? ini untuk bersalin normal ok. Ini dipanggil bonding di antara si Ibu dan si Anak yang baru lahir. DOctor pulak akan teruskan menjahit segala luka rawatan yang perlu dilakukan sambil Ibu dibenarkan menyusukan anak sepanjang 1 jam bersama. Memang lepas kerja-kerja doctor, bidan dan nurse selesai, Ibu, baby dan si ayah ditinggalkan di dalam labour room sendirian sampai selesai 1 jam. Tapi untuk Anaf Jr. 2, kami dibenarkan bersama selama hampir 2 jam. Sebabnya, Anaf Jr. 2 xnak lepaskan mamanya. Sedap kot minum susu mama. Dan sampai sekarang Pn. Isteri terpikir, sebab tu Anaf Jr. 2 ni manja terlebih. Pantang kena tinggal sikit. Padahal baru 25 hari lahir. hehehh.. labiue la cayanggg

Lepas 2 jam, Nurse minta baby untuk dibersihkan dan ditimbang. pas menyusu baru timbang ye nak.. hehee.. Xperlu bagi baju baby or apa2, sebab semua dah termasuk dalam pakej. Dypers pun xperlu. Cuma sediakan kelengkapan baby untuk persediaan balik ke rumah saje. Dan sepanjang selepas Pn. Isteri dipindahkan dari Labour room ke Wad An-Nur, baby akan sentiasa berasa bersama kita. Baby tidak akan ditinggalkan di nursery. Berbeza dengan Anaf Jr. 4 taun yang lepas. Dulu Anaf Jr. tidur di Nursery dan akan diberikan kepada Pn Isteri untuk menyusu sahaja.

Kali ni, memang 100% baby dengan Pn. Isteri. Cumanya, mandi, berak, semua diuruskan oleh Nurse. Nurse akan ambil baby pada masa-masanya untuk tujuan tersebut.  

Ok, rasanya itu sahaja dulu update dan maklumat yang boleh Pn. Isteri kongsikan kepada sesiapa yang tengah mencari tempat bersalin yang sesuai dan mungkin PUSRAWI aalah calon yang sesuai untuk Ibu-Ibu yang memang berniat untuk menyusukan akan sepenuhnya.

Buat masa ni, ini dulu, Anaf Jr. 2 dah mula berbunyi. Memang anak manja! heheh..