Friday 30 May 2014

Day 2 * Masjid di Kobe (Jalan no - 2)

Kobe Mosque
Keluar je dari Harborland tadi, En. Driver bawa kami ke Masjid di Kobe. Masjid ni dibina pada tahun 1928.  Masjid ini pernah di bom oleh tentera Amerika masa Perang dunia ke 2 dan pernah di uji dengan gempa bumi pada tahun 1995. Walaumacamana sekalipun, Masjid ni tetap kukuh sampai ke hari ini.. Subhanallah! Allah Maha Besar..

Di masjid ni, kami terus solat Jamak Isya` dan Magrib. Mula-mula terkapai-kapai gak nak mencari arah ke Masjid. Berpusing-pusing jugak la. Bayang masjid dah nampak tapi jalan ke arah tu pening sikit. Sepanjang jalan di kawasan Masjid, banyak aje deretan kedai makanan halal yang kebanyakanyan Pakistan masih lagi bukak. Tiba-tiba perut yang macam dah kenyang time makan di Harbor Land tadi bertukar jadi lapar. haha! Tapi apapun, kita solat dulu..

Masjid dari luar
Masjid dari dalam
Selesai solat dan bergambar kenang-kenangan di Masjid, kami melintas jalan ke arah deretan kedai. Sebenarnya nak menghala ke tempat parking. Tapi terberenti di hujung end lot deretan kedai tu sebab terjumpa kedai ni.. 


Naan Inn

Masing-masing setuju untuk makan. Oleh itu, kami pun masuk.. Nasi beriani sudah habis. Makan set nasi putih yang di cadangkan oleh pekerja kedai tu. Memang berbalai makan. Sedap dan puas hati.. Ayam, kambing, kari, segalanya-galanya lengkap. ALhamdullillah. dan 1st time Anaf tengok, roti nan di Jepun dalam bentuk yang panjang. Selalunya di kedai mamak di KL semuanya bulat-bulat. Tapi sedap! Abis semua makanan. Nampak sangat semua orang mempunyai perut stoken! haha!

roni nan yang x bulat

Hero!

Sedap!
Sedap!!
Lepas habis je semua orang makan, baru masing-masing perasan, baju semua dah bau tandori! haha..
Time nak bayar, baru perasan, rupanya para artis di Malaysia pernah datang di kedai ni.Okey..
Dato' Siti, Aizat, Diana Amir sume penah datang!!

Lepas makan, kami semua pun pulang ke Kyoto. InsyaAllah, harapan kami time tu, esok hari akan cerah dan boleh teruskan misi berjalan di Kyoto.. 

Day 2 * Kobe Harborland (Jalan no - 1)

Hi Semua!

Ok, terus cerita pasal pengembaraan kami.

Selepas check in di Homestay, jam pun dah hampir 5.00 pagi. dah cerah dah pun. Tp semua kepenatan terumanya En. Driver (iaitu Uncle Achok). So, kami semua berehat-rehat dulu. Kebetulan pula, En. Adik inform yang Kyoto akan hujan sepanjang hari. Dan memang tepat ramalan kaji cuaca tersebut, maka hujan lah. dan kami semua pun rehat / tido.. Sampai lah hampir tengah hari, semua bersiap-siap.Solat jamak zohor dan asar terus. Plan nk ke temple emas, dll semuanya terbantut. Boleh je nak main aci redah, tapi pikirkan ahli keluarga yang lain yang terdiri dari Pn. Emak dan En. Bapak, En. Driver putuskan untuk bawa kami ke Kobe. Perjalanan dalam 1 Jam (Lebih kurang) naik kereta.

Sampai-sampai Kobe dan Alhamdulillah tak hujan, kami pusing-pusing Kobe naik kereta saje..Tengok-tengok pembangunan di sana.. jalan-jalan dan naik flyover sana sini.. Jambatan terpanjang di Kobe (Memang terpegun dengan jalan raya di sana. Jalan menghala ke dua-dua arah bukan setakat bersebelahan, tapi atas bawah pun ada. Hebat!!)

En. Driver bawa kami ke mall yang berhadapan dengan Kobe Port. Xsilap namanya Kobe Harborland. Keluar aje dari kereta, Ok! Sejuk!! Dalam 9 degree tak silap. 

Di sekitar kawasan ini, tersergam indah Kobe Tower dari jauh. Cantik pemandangan. Ada pemandangan kapal besar. Hotel tersergam indah.
Kobe Tower

Lepas bergambar n konon-konon tengok sunset, perut masing-masing lapar, kami jalan-jalan dalam harborland tu cari makan. Mula-mula masuk, wow! nampak feris wheel yang besar dan pastinya Anaf Jr, `Mama!! nak naik`. oh tidak! jawapan Pn. Mama `Kita naik kat KL nanti`. selepas beberapa adegan, ajak si kecik masuk dalam mall.

Kite tgk je la ye anak

Deretan kedai jual pelbagai barang di luar. Kat sana ada jual Kasut boot yang super murah dan smart! (sangat teruja bila tengok dan Cik Adik sempat rempat sepasang). Ada kedai Ultraman.. Anaf Jr. sempat berposing sebelah Ultraman kesayangan. Masuk kedai tu, memang macam-macam la si anak bekenan. Tapi tengok harga macam mahal (huhu, 1 mainan pun dah ceceh Rm50 ke atas), Pn. Mama xsanggup nak membelinya. Tp bila balik, menyesal! sebab ada bento Ultraman yang mcm xjumpa pun di KL. Owh!!, Anaf Jr, nanti kita pergi balik yee nak....

Terus segar lepas nampak otomen!

pilih punya pilih tp kami x beli... kesian

Area luar kedai

dragon ball

sekitar jalan lot kedai

kedai lagi


Jalan kejab perot pun lapar, kami singgah kedai ni.. nama memang xhingat.. cari makanan berunsurkan seafood. Atas bantuan En. Driver dan En. Adik yang paham bahasa Jepun ni, kami pun makan la... Anaf Jr ckp, `Mama, makanan Jepun ni sedap la`... ye la anak... Time ni xsilap dah pukul 6.00 petang. 


Proses memilih menu

Ini kedai nya

Sebelum balik, mestinya Pn. Anaf ni singgah di kedai mula-mula dia jumpa before masuk mall tadi. Sebab dah nampak bayang-bayang fm Kobe! Ok, barang pertama Pn. Anaf beli dengan harga 399Y. Puas ati sebab dapat fm kesayangan... Tapi xsempat nak amik gambar kedai..

Lepas makan, amik gambar waktu malam pulak. Sebab pemandangan lagi cantik! X caye?? cuba tengokk ni

Cantik kan???

Itu sahaja cerita di sini. Bye!!!!!