Saturday, 16 November 2013

3 jam di sekitar Georgetown, Penang

Tujuan datang ke Penang (pergi menggunakan jambatan Pulau Pinang dan Pulang menggunakan feri) ini adalah sekadar singgahan untuk mengisi perut sebelum Anaf meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Walaupun hanya 3 jam di bandar Georgetown Penang, ia telah memberikan pengalaman yang sangat happy & teruja kepada Anaf apabila dapat menaiki beca dan dibawa melihat di sekitar kawasan yang dikatakan zon UNESCO.


View Larger Map


Bandar Georgetown ini telah diisytiharkan sebagai zon UNESCO World Heritage dan ia menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia yang datang @ melancong di Georgetown, Penang.  

Sebenarnya, pengunjung @ pelancong boleh membuat pilihan samada untuk berjalan kaki di sekitar kawasan ini (kebiasaanya dilakukan oleh pelancong asing), menaiki beca, motosikal, menyewa basikal ataupun sekadar melalui kawasan ini dengan menaiki kereta (tetapi agak merugikan kerana agak sukar untuk mendapatkan parking jika ingin mengambil gambar). Anaf telah memilih untuk menaiki beca. Pak Cik beca (maaf sebab terlupa tanya nama) menawarkan RM20.00 untuk mengelilingi di sekitar kawasan Georgetown  dalam tempoh 30 minit.

Pilihan menggunakan beca - dinding menunjukkan seorang budak sedang menarik raksaksa tetapi dinding telah dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab)


Pilihan jika ingin menyewa basikal

Pengalaman menaiki lanca sangat excited kerana ada ketikanya kami melalui jalan yang sibuk dengan laluan kenderaan dan kereta, lori dan bas hanya lalu di sebelah kami dengan jarak yang dekat. Kenderaan-kenderaan besar ini dilihat bertimbangrasa dengan memberikan laluan kepada beca untuk bergerak. Keadaan ini membuatkan Anaf terfikir yang masyarakat di kawasan World Heritage UNESCO senantiasa sabar dan amat bertoleransi terhadap perkhidmatan beca ini. Syabas warga Georgetown.

Anaf dibawa ke sekitar jalan iaitu Lebuh Ah Quee, Lebuh Chulia, Lebuh Victoria dll (Anaf tak sempat nak tengok nama jalan2 yang lain ~ sila lihat pada google map di atas untuk lebuh jelas). Yang seronoknya, di sepanjang jalan, terdapat banyak ilustrasi / lukisan yang sangat menarik yang menggambarkan kawasan di sekitar ini di dinding-dinding sepanjang jalan. 

Ilustrasi menggambarkan peniaga nasi kandar (Di sebelah Restoran Ramzan)
Beca digunakan untuk membawa penumpang
berhadapan dengan tempat menyewa basikal

Kucing sedang mengusha tikus



















Dinding di kawasan sekitar Lebuh ini telah dilukis dengan mengambarkan pelbagai ilustrasi yang nampak seakan gambaran sebenar yang sedang dilakukan.
 

Kanak-kanak sedang bermain buaian
Kanak-kanak sedang bermain basketball

ilustrasi penunggang motosikal- nampak real!





Selepas selesai naik turun beca untuk bergambar, Pak Cik beca hantar Anaf di Jalan Kapitan Keling tempat kami parking kereta dan Anaf teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya...
 

Gerai menjual fridge magnet dan key chain yang cantik untuk belian pengumpal FM tegar (berhadapan lukisan kanak-kanak bermain basket ball)

No comments:

Post a Comment