Moh kite dengar cerita pasal lemang pulak. Lemang ni bukan saja kita boleh cari time hari raya. Tapi sekarang, boleh didapati bila-bila masa sahaja. Cuma kena cari je. So, pada sesiapa yang mengidam nak makan lemang tp bajet time hari raya nanti tengah berpantang, so, korang boleh dapatkan lemang ni awal-awal before hari raya. Okey?? Anaf boleh syorkan kedai lemang yang sedaaaappp untuk korang.
Ini dia....
Lemang To'ki |
Kedai ini terletak di jalan utama untuk ke Raub dari Bentong. Boleh guna perkhidmatan En. GPS kalau tak jumpa ye. Kalau anda berhajat ke Cameron Highland dari KL, bolehlah singgah di kedai ni jika anda naik Cameron ikut jalan Raub. Alamat rasmi yang saya dapat dari Lemang To'ki
Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong Town, Bentong Pahang
Menu pagi, tengah hari sampai petang memang ada disediakan. Dari roti canai, nasi lemak dll untuk makan pagi, nasi campur untuk tengah hari, makanan petang, makanan Ala Thai waktu malam sampai la ke makanan western. Boleh kata, semua lengkap. Lemang pulak, sentiasa dibakar. Memang puas hati.
Tengah hari, ada daging, ikan, terung salai... gulai itik, ayam bakar cicah dengan air ayam.. wow!!! Macam-macam ada tapi untuk tengah hari, Anaf tak pernah cuba. Cuma tengak menu yang ditulis di White Board. Terliur saje bila baca. Satu hari, mesti nak cuba!
Ini antara menu yang Anaf cuba.
Lemang Daging |
Kalau dah datang kedai lemang, rugi la kalau tak cuba menu utamanya kan? Pelbagai pilihan untuk lemang. Daging, ayam, serunding. Pilih aje.. Harga sepinggan dalam RM4 ke Rm6. Boleh juga kalau nak sebatang lemang terus Harga dalam RM8 ke RM10 untuk sebatang.
Sup Ayam |
Anaf Jr. request nak makan nasi dengan sup ayam. Mintak sup ayam tak nak pedas. Bila sup sampai, sekali tengok, macam tomyam, tapi bila makan, memang sup ayam dan tak pedas. Sangat puas hati. Sedap! Nak habis nasi 1 pinggan Anar Jr. makan. Terkejut kami tengok.
Chicken Chop |
Menu tambahan kami. Hehe.. Sedap!.. Hiasan menarik, makanan penuh 1 pinggan. Harga dalam RM11 aje. Puas hati.
Best tak?.. hehe.. Jangan tak tahu, ramai artis yang dah singgah makan di kedai ni.. Time kami datang ni pun baru lepas Magrib, hampir penuh meja.. Percaya tak? Cuba tengok..
Kepada sesiapa yang berminat, boleh juga baca dan view banyak lagi gambar di Lemang To'ki
Okey, jumpa lagi!! ada lagi yang nak dikongsikan nanti..
Bye!!!
Jumpa lagi!! |
P/s: Kedai ni sedia menerima tempahan. boleh email pada;
- lemangtoki.bentong@yahoo.com
- atau hubungi 09- 222 1587
No comments:
Post a Comment