Hi Semua!
Ok, terus cerita pasal pengembaraan kami.
Selepas check in di Homestay, jam pun dah hampir 5.00 pagi. dah cerah dah pun. Tp semua kepenatan terumanya En. Driver (iaitu Uncle Achok). So, kami semua berehat-rehat dulu. Kebetulan pula, En. Adik inform yang Kyoto akan hujan sepanjang hari. Dan memang tepat ramalan kaji cuaca tersebut, maka hujan lah. dan kami semua pun rehat / tido.. Sampai lah hampir tengah hari, semua bersiap-siap.Solat jamak zohor dan asar terus. Plan nk ke temple emas, dll semuanya terbantut. Boleh je nak main aci redah, tapi pikirkan ahli keluarga yang lain yang terdiri dari Pn. Emak dan En. Bapak, En. Driver putuskan untuk bawa kami ke Kobe. Perjalanan dalam 1 Jam (Lebih kurang) naik kereta.
Sampai-sampai Kobe dan Alhamdulillah tak hujan, kami pusing-pusing Kobe naik kereta saje..Tengok-tengok pembangunan di sana.. jalan-jalan dan naik flyover sana sini.. Jambatan terpanjang di Kobe (Memang terpegun dengan jalan raya di sana. Jalan menghala ke dua-dua arah bukan setakat bersebelahan, tapi atas bawah pun ada. Hebat!!)
En. Driver bawa kami ke mall yang berhadapan dengan Kobe Port. Xsilap namanya Kobe Harborland. Keluar aje dari kereta, Ok! Sejuk!! Dalam 9 degree tak silap.
Di sekitar kawasan ini, tersergam indah Kobe Tower dari jauh. Cantik
pemandangan. Ada pemandangan kapal besar. Hotel tersergam indah.
Kobe Tower |
Lepas bergambar n konon-konon tengok sunset, perut masing-masing lapar, kami jalan-jalan dalam harborland tu cari makan. Mula-mula masuk, wow! nampak feris wheel yang besar dan pastinya Anaf Jr, `Mama!! nak naik`. oh tidak! jawapan Pn. Mama `Kita naik kat KL nanti`. selepas beberapa adegan, ajak si kecik masuk dalam mall.
Kite tgk je la ye anak |
Deretan kedai jual pelbagai barang di luar. Kat sana ada jual Kasut boot yang super murah dan smart! (sangat teruja bila tengok dan Cik Adik sempat rempat sepasang). Ada kedai Ultraman.. Anaf Jr. sempat berposing sebelah Ultraman kesayangan. Masuk kedai tu, memang macam-macam la si anak bekenan. Tapi tengok harga macam mahal (huhu, 1 mainan pun dah ceceh Rm50 ke atas), Pn. Mama xsanggup nak membelinya. Tp bila balik, menyesal! sebab ada bento Ultraman yang mcm xjumpa pun di KL. Owh!!, Anaf Jr, nanti kita pergi balik yee nak....
Terus segar lepas nampak otomen! |
pilih punya pilih tp kami x beli... kesian |
Area luar kedai |
dragon ball |
sekitar jalan lot kedai |
kedai lagi |
Jalan kejab perot pun lapar, kami singgah kedai ni.. nama memang
xhingat.. cari makanan berunsurkan seafood. Atas bantuan En. Driver dan
En. Adik yang paham bahasa Jepun ni, kami pun makan la... Anaf Jr ckp,
`Mama, makanan Jepun ni sedap la`... ye la anak... Time ni xsilap dah
pukul 6.00 petang.
Proses memilih menu |
Ini kedai nya |
Sebelum balik, mestinya Pn. Anaf ni
singgah di kedai mula-mula dia jumpa before masuk mall tadi. Sebab dah
nampak bayang-bayang fm Kobe! Ok, barang pertama Pn. Anaf beli dengan harga 399Y. Puas ati sebab dapat fm kesayangan... Tapi xsempat nak amik gambar kedai..
Lepas makan, amik gambar waktu malam pulak. Sebab pemandangan lagi cantik! X caye?? cuba tengokk ni
Cantik kan??? |
Itu sahaja cerita di sini. Bye!!!!!
No comments:
Post a Comment