Thursday 21 November 2013

Tuesday 19 November 2013

Pekena nasi kandaq di Restoran Ramzan

Rasanya, kita sedia maklum yang Penang memang dikenali sebagai Heaven of Food. Kebetulan singgah di Penang, hajat di hati sebenarnya ingin makan lagi nasi kandar beratur di Jalan Kapitan Keling, Penang. Tetapi memandangkan nasi kandar beratur mula berniaga jam 10.00 malam (pada masa tu jam baru pukul 4.30 pm) kami tukar plan ke restoran nasi kandar yang lain. 

Alamat : 48, Lebuh Ah Quee, Penang (Bertentangan dengan Masjid Kapitan Keling)
Restoran nampak biasa dari luaran, tetapi don't judge a book by its cover. kuah campoq untuk menu nasi kandar adalah terbaikkk!!!! Pilihan kami adalah nasi kandar & roti bom. Tetapi, anda perlu tahu lewat-lewat petang sebegini janganlah mengharapkan menu banyak, restoran sebegini selalunya akan cepat sold out makanannya jika sudah lewat petang.

Tengok lauk macam sedih (Ayam + Kuah sahaja) tapi sedaaaap sangatt!!! Kuah kari yang pekat memang meletop!



Pekerja yang prihatin
Capati in the making




















Pendek kata, restoran ini sesuai dengan citarasa Anaf sekeluarga. Lain kali jika ke Penang lagi, InsyaAllah kami pasti akan singgah lagi untuk pekena lagi nasi kandaq di restoran ini. Melalui review yang Anaf lakukan (selepas balik ke KL) ada terbaca antara menu menarik di restoran ini adalah Nasi Briyani Itik, Nasik Briyani Angsa, burung merpati, kambing (telan air liur!!).. Pasti mahu cuba!

Dan Anaf akan buat penjelajahan mencari nasi kandaq di serata Penang lagi.. di Chowrasta, di Gurney Drive, di Astaka, dan lain-lain.. Jumpa lagi Penang!




Saturday 16 November 2013

3 jam di sekitar Georgetown, Penang

Tujuan datang ke Penang (pergi menggunakan jambatan Pulau Pinang dan Pulang menggunakan feri) ini adalah sekadar singgahan untuk mengisi perut sebelum Anaf meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Walaupun hanya 3 jam di bandar Georgetown Penang, ia telah memberikan pengalaman yang sangat happy & teruja kepada Anaf apabila dapat menaiki beca dan dibawa melihat di sekitar kawasan yang dikatakan zon UNESCO.


View Larger Map


Bandar Georgetown ini telah diisytiharkan sebagai zon UNESCO World Heritage dan ia menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia yang datang @ melancong di Georgetown, Penang.  

Sebenarnya, pengunjung @ pelancong boleh membuat pilihan samada untuk berjalan kaki di sekitar kawasan ini (kebiasaanya dilakukan oleh pelancong asing), menaiki beca, motosikal, menyewa basikal ataupun sekadar melalui kawasan ini dengan menaiki kereta (tetapi agak merugikan kerana agak sukar untuk mendapatkan parking jika ingin mengambil gambar). Anaf telah memilih untuk menaiki beca. Pak Cik beca (maaf sebab terlupa tanya nama) menawarkan RM20.00 untuk mengelilingi di sekitar kawasan Georgetown  dalam tempoh 30 minit.

Pilihan menggunakan beca - dinding menunjukkan seorang budak sedang menarik raksaksa tetapi dinding telah dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab)


Pilihan jika ingin menyewa basikal

Pengalaman menaiki lanca sangat excited kerana ada ketikanya kami melalui jalan yang sibuk dengan laluan kenderaan dan kereta, lori dan bas hanya lalu di sebelah kami dengan jarak yang dekat. Kenderaan-kenderaan besar ini dilihat bertimbangrasa dengan memberikan laluan kepada beca untuk bergerak. Keadaan ini membuatkan Anaf terfikir yang masyarakat di kawasan World Heritage UNESCO senantiasa sabar dan amat bertoleransi terhadap perkhidmatan beca ini. Syabas warga Georgetown.

Anaf dibawa ke sekitar jalan iaitu Lebuh Ah Quee, Lebuh Chulia, Lebuh Victoria dll (Anaf tak sempat nak tengok nama jalan2 yang lain ~ sila lihat pada google map di atas untuk lebuh jelas). Yang seronoknya, di sepanjang jalan, terdapat banyak ilustrasi / lukisan yang sangat menarik yang menggambarkan kawasan di sekitar ini di dinding-dinding sepanjang jalan. 

Ilustrasi menggambarkan peniaga nasi kandar (Di sebelah Restoran Ramzan)
Beca digunakan untuk membawa penumpang
berhadapan dengan tempat menyewa basikal

Kucing sedang mengusha tikus



















Dinding di kawasan sekitar Lebuh ini telah dilukis dengan mengambarkan pelbagai ilustrasi yang nampak seakan gambaran sebenar yang sedang dilakukan.
 

Kanak-kanak sedang bermain buaian
Kanak-kanak sedang bermain basketball

ilustrasi penunggang motosikal- nampak real!





Selepas selesai naik turun beca untuk bergambar, Pak Cik beca hantar Anaf di Jalan Kapitan Keling tempat kami parking kereta dan Anaf teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya...
 

Gerai menjual fridge magnet dan key chain yang cantik untuk belian pengumpal FM tegar (berhadapan lukisan kanak-kanak bermain basket ball)

Pagi Ahad di Wang Kelian, Perlis

Entri pertama untuk Anaf  kongsikan adalah satu tempat menarik untuk dilawati kepada pengunjung @ pelancong yang berkunjung ke utara Semenanjung Malaysia, Negeri Perlis.

Tempat yang dimaksudkan adalah "Hidden Valley" @ Wang Kelian. Wang Kelian adalah kawasan di Negeri Perlis yang merupakan salah satu jalan perhubungan darat di antara negara Malaysia dan Thailand. Ia menghubungkan kawasan Gua Kelam dan daerah Satun (Thailand). Pemisah diantara negara ini adalah Banjaran Nakawan iaitu banjaran batu kapur. Cerita tentang Banjaran Nakawan pula, Anaf akan ceritakan pada entry yang lain. 

Di sini, terdapat deretan gerai @ kedai yang dibuka di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dan ia dibuka pada setiap Sabtu dan Ahad dari pagi sampai petang. Ia merupakan pusat shopping barang-barang isi rumah (segala jenis periuk belanga, peralatan dapur, pakaian kanak-kanak, dewasa, pelbagai jenis Toto, beras, kacang, bawang, mainan kanak-kanak dan lain-lain lagi ~ memang besttt!!!)  daripada Negara Thai yang boleh didapati dengan harga yang dikatakan murah. Pasar ini hanya dibuka pada hujung minggu sahaja (Sabtu & Ahad) dan dibuka daripada pagi sehingga petang.

Pengunjung perlu berjalan kaki dan masuk melalui Imigresen Wang Kelian, Malaysia dahulu sebelum melalui Imigresen  Satun, Thailand.  Jangan risau, jarak antara 2 kastam ini dekat sahaja iaitu lebih kurang 100 meter. 



Ke Imigresen Wang Kelian, Malaysia

Ke Imigresen Satun, Thailand

Ia adalah deretan pasar @ gerai jualan di sepanjang-panjang deretan kiri dan kanan jalan yang panjang (Anaf tak sempat habis pusing, sangat panjang)

Pengunjung dibenarkan untuk masuk ke kawasan Satun tanpa menggunakan boarder pass @ passport dan ia tertakluk kepada sesiapa yang ingin mengunjungi pasar ini sahaja. 

Pelbagai jenis beras dari Thailand adalah pilihan utama pengunjung. (Termasuk toto itu, boleh dapat dalam harga yang murah)

Deretan kedai sepanjang jalan.

Satun


Sila perhatikan penunggang motosikal (yang mengenaan vest) di atas, mereka ini adalah portal bermotosikal yang boleh diupah perkhidmatan untuk membawa pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat bantuan perjalanan (maksudnya, kepada sesiapa yang penat/ tidak mampu untuk terus berjalan terutamanya yang melibatkan belian yang banyak). 

Untuk anda yang berminat untuk datang, anda perlu datang seawal yang boleh (sebelum jam 9.00 pagi) untuk mengelakkan kesesakan orang ramai @ cuaca yang panas dan mendapatkan parking yang berdekatan dengan pintu masuk utama kastam Malaysia.

Permulaan


Blog ini adalah untuk berkongsi informasi dan pengalaman kami (Famili Anaf) tentang pengalaman kami bercuti @ berjalan @ mengembara  @ makan di tempat-tempat menarik di sekitar kita yang pernah kami lawati.

Harapan agar perkongsian kami ini tidak disalahgunakan. Malah memberikan informasi kepada anda.



-Anaf-