Saturday 16 November 2013

Pagi Ahad di Wang Kelian, Perlis

Entri pertama untuk Anaf  kongsikan adalah satu tempat menarik untuk dilawati kepada pengunjung @ pelancong yang berkunjung ke utara Semenanjung Malaysia, Negeri Perlis.

Tempat yang dimaksudkan adalah "Hidden Valley" @ Wang Kelian. Wang Kelian adalah kawasan di Negeri Perlis yang merupakan salah satu jalan perhubungan darat di antara negara Malaysia dan Thailand. Ia menghubungkan kawasan Gua Kelam dan daerah Satun (Thailand). Pemisah diantara negara ini adalah Banjaran Nakawan iaitu banjaran batu kapur. Cerita tentang Banjaran Nakawan pula, Anaf akan ceritakan pada entry yang lain. 

Di sini, terdapat deretan gerai @ kedai yang dibuka di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dan ia dibuka pada setiap Sabtu dan Ahad dari pagi sampai petang. Ia merupakan pusat shopping barang-barang isi rumah (segala jenis periuk belanga, peralatan dapur, pakaian kanak-kanak, dewasa, pelbagai jenis Toto, beras, kacang, bawang, mainan kanak-kanak dan lain-lain lagi ~ memang besttt!!!)  daripada Negara Thai yang boleh didapati dengan harga yang dikatakan murah. Pasar ini hanya dibuka pada hujung minggu sahaja (Sabtu & Ahad) dan dibuka daripada pagi sehingga petang.

Pengunjung perlu berjalan kaki dan masuk melalui Imigresen Wang Kelian, Malaysia dahulu sebelum melalui Imigresen  Satun, Thailand.  Jangan risau, jarak antara 2 kastam ini dekat sahaja iaitu lebih kurang 100 meter. 



Ke Imigresen Wang Kelian, Malaysia

Ke Imigresen Satun, Thailand

Ia adalah deretan pasar @ gerai jualan di sepanjang-panjang deretan kiri dan kanan jalan yang panjang (Anaf tak sempat habis pusing, sangat panjang)

Pengunjung dibenarkan untuk masuk ke kawasan Satun tanpa menggunakan boarder pass @ passport dan ia tertakluk kepada sesiapa yang ingin mengunjungi pasar ini sahaja. 

Pelbagai jenis beras dari Thailand adalah pilihan utama pengunjung. (Termasuk toto itu, boleh dapat dalam harga yang murah)

Deretan kedai sepanjang jalan.

Satun


Sila perhatikan penunggang motosikal (yang mengenaan vest) di atas, mereka ini adalah portal bermotosikal yang boleh diupah perkhidmatan untuk membawa pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat bantuan perjalanan (maksudnya, kepada sesiapa yang penat/ tidak mampu untuk terus berjalan terutamanya yang melibatkan belian yang banyak). 

Untuk anda yang berminat untuk datang, anda perlu datang seawal yang boleh (sebelum jam 9.00 pagi) untuk mengelakkan kesesakan orang ramai @ cuaca yang panas dan mendapatkan parking yang berdekatan dengan pintu masuk utama kastam Malaysia.

No comments:

Post a Comment