Wednesday, 17 September 2014

Sup Peria Sawi Ayam. Camane sebutnye tu???

Salam!

Ini dia.. Taaarrrrraaaa!!!

sup ayam bersama sawi dan peria

Macam yang saya cakap sebelum ni, nak kongsikan makanan berpantang semasa bersalin yang saya cipta! Cipta la sangaatt. tp betul.. Sume ni setelah ari2 tengok Taste With Jason kat #703. Ada sekali Jason jengok ke satu restoran Cina ni.. dia buat sup lemak daging letak Peria. memang ramai pelanggan datang restoran tu semata-mata nak makan sup peria tu. Walaupun sebenarnya daging yang digunakan daging Khinzir, kita sebagai umat Islam ni xpayah la nak ikut 100%. Pn. Isteri terpikir, boleh je kita tukar daging tu dengan daging ayam. Yang sememangnya kita tau, ayam memang akan kuarkan lemak dia sendiri walaupun kita xletak minyak langsung dalam sup.

Oh ya, tapi ayam ni saya berani betul-betul makan lepas minggu ke 3 saya berpantang. Sebabkan dalam 1st week pantang try makan ayam, tapi Ya Allah, memang gatal. 2 ari makan baru tersedar. Then, memang xmakan dah..

Ok, berbalik pada menu ini. Ni resepi yang Pn. Isteri buat. 

Sup Ayam bersama Peria Sawi

1)   4 atau 5 ketul Ayam  (Untuk sehari makan.. Letak lemak lagi best!! Tapi ingat, korang berpantang, jangan makan lemak2 yee) 
2)   Setengah biji Peria  dibelah 2 dan dihiris nipis2
      (Diorang guna peria panjang sebab tak pahit katanya. Tapi kat umah ada Peria katak aje)
3)   1 pokok sawi
4)   3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
5)   1 ulas bawang kecil (dihiris nipis)
6)   1 inci halia (dihiris nipis)
7)   1 batang serai  (tumbuk sikit tapi jangan sampai hancur)
8)   garam (Ikut citarasa anda)
9)   Air

Cara-cara:

Kesemua bahan terus dicampur di dalam periuk dan dimasak bersama kecuali bahan no. 2, 3 dan 8.
Lepas ayam agak masak, masukkan peria yang telah dipotong nipis. Peria ni Pn. Isteri rendam dulu bersama air garam. Sebab petua orang-orang tua, jika xnak bagi peria pahit, rendam dalam air garam sekejab. Memang betul, xrasa pahit tu. Lepas peria masak, Pn. Isteri terus masukkan sawi dan garam. Sawi ni xboleh masak lama2. nanti layu terus.
Resepi ni Pn. Isteri xletak kulit kayu manis segala bagai tu sebab Pn. Isteri xtumis.

Lepas tu, siap untuk dihidangkan.

Menu ni Pn. Isteri masak sebab senang. Sekali lebur je. Anak pun boleh makan sekali. Sbb favorite Anaf Jr. memang sup. Tapi Pn. Isteri xbagi peria dalam pinggan anak. tapi ganti dengan carot. Ops lupa pulak, di samping letak sayur-sayur dalam resepi di atas, puan^puan boleh masukkan carot jugak ye... Kali ni Pn. Isteri xletak sebab carot habis.

Kebaikan peria dan sawi ni untuk ibu-ibu brpantang dan menyusu, sayur-sayur ini boleh bantu memperbanyakkan lagi susu anda.. cuba la ye!!

Selamat mencuba!!  dah jadi nt, inform Pn. Isteri k!..

Da..

  

No comments:

Post a Comment