Salam readers!
Lama berhabuk blog. berbulan! ok, banyak cerita sepanjang kehabukan blog ini.
New family member in the house!! Anaf Jr. 2 was born on 13 August 2014. Bermula adegan pantang memantang. Alamdulillah pilihan kali ni unuk berpantang sendiri di rumah sendiri. Cumanya, 2 minggu berpantang di rumah mertua. Sebabnya, Pn. Isteri sayang unuk tinggalkan En. Suami dan Cik Abg sulung sendiri di KL.
Pn. Isteri ambil kesempatan untuk update beberapa makanan berpantang yang Pn. Isteri ambil sepanjang berpantang. Tapi ampun, update untuk cerita Trip ke Japan akan di update bila masa yang sesuai. Panjang okey!!
Pn. Isteri juga berminat untuk update pasal breastfeeding journey sepanjang kelahiran Anaf Jr. 2. Dan Alhamdulillah, Cik Abang sulung, Anaf Jr. merasa susu Ibu sepenuhnya sepanjang 2 tahun sejak dilahirkan. dan Alhamdulillah, sekarang 4 tahun berlalu, Pn. Isteri mulakan semula kisah BF yang ditinggalkan hampir 2 tahun. Sangat lama! Mungkin ada tips2 atau preparation untuk Ibu2 muda yang boleh Pn. Isteri kongsikan.
Sebelum tu, Pn. Isteri nak kongsikan cerita kelahiran Anaf Jr. 2. Alhamdulillah, seorang lagi hero lahir untuk sempurnakan lagi hidup famili kami. Pilihan kami untuk bersalin di tempat yang sama seperti Cik Abang sulung lahir iaitu PUSRAWI Jalan Tun Razak. Alasannya, En. Suami dan Pn. Isteri selesa dengan hospital yang rakan bayi dan sokong BF 100%. Doctor sepanjang antenatal checkup dan kelahiran yang sama dan Alhamdulillah banyak membantu Pn. Isteri sepanjang kelahiran degan bercirikan Islamic Hospital.
Bagi yang tengah memilih hospital untuk kelahiran, PUSRAWI ada buat pakej bersalin dengan pakej di antara RM2,000 hingga RM2,350 untuk bersalin normal. Korang boleh baca advertisment di bawah ataupun terus lawat ke PUSRAWI untuk maklumat lanjut.
Untuk pengetahuan korang, Suami dibenarkan meneman si Isteri sepajang berada di labour room. Suami dibenarkan menyaksikan kelahiran norman.
Dan lagi, apa yang menarik dan best nya, selepas saje Anaf Jr. 2 dilahirkan, baby di lap sekejab dan akan diletakkan terus di atas dada si Ibu selepas saja dilahirkan selama 1 jam. Lama kan? ini untuk bersalin normal ok. Ini dipanggil bonding di antara si Ibu dan si Anak yang baru lahir. DOctor pulak akan teruskan menjahit segala luka rawatan yang perlu dilakukan sambil Ibu dibenarkan menyusukan anak sepanjang 1 jam bersama. Memang lepas kerja-kerja doctor, bidan dan nurse selesai, Ibu, baby dan si ayah ditinggalkan di dalam labour room sendirian sampai selesai 1 jam. Tapi untuk Anaf Jr. 2, kami dibenarkan bersama selama hampir 2 jam. Sebabnya, Anaf Jr. 2 xnak lepaskan mamanya. Sedap kot minum susu mama. Dan sampai sekarang Pn. Isteri terpikir, sebab tu Anaf Jr. 2 ni manja terlebih. Pantang kena tinggal sikit. Padahal baru 25 hari lahir. hehehh.. labiue la cayanggg
Lepas 2 jam, Nurse minta baby untuk dibersihkan dan ditimbang. pas menyusu baru timbang ye nak.. hehee.. Xperlu bagi baju baby or apa2, sebab semua dah termasuk dalam pakej. Dypers pun xperlu. Cuma sediakan kelengkapan baby untuk persediaan balik ke rumah saje. Dan sepanjang selepas Pn. Isteri dipindahkan dari Labour room ke Wad An-Nur, baby akan sentiasa berasa bersama kita. Baby tidak akan ditinggalkan di nursery. Berbeza dengan Anaf Jr. 4 taun yang lepas. Dulu Anaf Jr. tidur di Nursery dan akan diberikan kepada Pn Isteri untuk menyusu sahaja.
Kali ni, memang 100% baby dengan Pn. Isteri. Cumanya, mandi, berak, semua diuruskan oleh Nurse. Nurse akan ambil baby pada masa-masanya untuk tujuan tersebut.
Ok, rasanya itu sahaja dulu update dan maklumat yang boleh Pn. Isteri kongsikan kepada sesiapa yang tengah mencari tempat bersalin yang sesuai dan mungkin PUSRAWI aalah calon yang sesuai untuk Ibu-Ibu yang memang berniat untuk menyusukan akan sepenuhnya.
Buat masa ni, ini dulu, Anaf Jr. 2 dah mula berbunyi. Memang anak manja! heheh..
No comments:
Post a Comment