Saturday 14 December 2013

Dinner di Cafe Jiran @ Wangsa Maju

Cafe Jiran


Masa operasi ~ 5.00 pm hingga 12.00 am (Isnin - Sabtu)
5.00 pm hingga 1.00 am (Ahad)
 
No. fon ~ 013-369 9436

Balik dari BBW, kami kelaparan dan terpikir-pikir terfikir-fikir nak makan di kedai saja. Niat nak cari lain dari yang lain dan yang belum kami cuba (Sebab selalunya kalau keluar makan Anaf Jr nak cari kedai makan yang ada nasi, sup ayam, sayur.. Haisshhh)  

Mula-mula enjin kereta berkeinginan untuk bergerak ke Wangsa Walk, on the way tu, En. Anaf nampak kedai makan ni dan cakap, "Macam best je"  dan terus, JOM!!

Cafe ni berada di corner lot dan sebaris dengan pasaraya Hero di Seksyen 6 Wangsa Maju. Main menu adalah makanan Itali dan western.  Kawasan meja makan adalah berbumbung dan anda boleh buat pilihan samada makan di dalam kedai ataupun di sebelah luar. Kedai makan yang sesuai untuk keluarga bersantai.

Pilihan tempat duduk pertama kali datang. heheee.
Boleh tengok life show En. Chef yang tengah masak pizza

 Para waiter juga ramah dan suka senyum. Tempat duduk adalah selesa dan baby chair yang disediakan selesa. Kemudahan toilet yang selesa juga disediakan. 

Konsep masak pizza adalah open pantry (macam master chef pulak) Open kitchen. Anda boleh tengok En. Chef ini menebar doh piza dengan hebat. 

 
En. Chef tengah bersedia untuk menebarkan doh pizza
Perhatikan En. Chef tgh tengok atas sebab tengah melambungkan doh pizza. Er, doh pizza tu tak berapa nampak.. soorryyyy

NZ lamb grill

Nasi goreng (Lupa nama full menu ni)

Soup of the day - mushroom soup

Air milo & Vanilla Shake

Pendek kata memang memuaskan. 

nasi goreng tu sedap. rasa ala-ala western (sebab tak rasa melayu.. hehe) dalam nasi goreng tu ada letak daging. rasa macam daging grill yang dipotong kecik kecil-kecil.  nasi goreng ni ada rasa pepper sikit-sikit. Sebab Anaf Jr. cakap pedas. Tapi tak pedas pun sebenarnya.. Mungkin boleh minta kurangkan pepper kalau tak nak rasa pepper.

lamb grill tu pun sedap.. pinggan dihias cantik dan ada side dishes yang menarik iaitu dengan sepotong jagung, coleslaw, mash potato, salad dan pasta.

cuma kami tak cuba pizza. mungkin lain kali akan datang lagi untuk cuba pizza pula.

Anda pula, silalah cuba. Sekali rasa pasti nak lagi.

Itu saja. Bye!

No comments:

Post a Comment