Wednesday 11 December 2013

The Big Bad Wolf Book Sale !!



BBW datang lagi. 
Bertempat di MIECC @ The Mines. 
Bermula dari 06 Dis 2013 hingga 15 Dis 2013. BBW dibuka sampai tengah malam. So, kepada sesiapa yang berminat dan tiada masa di waktu siang, boleh datang waktu malam kerana BBW ini dibuka 24 jam!
 Buku-buku yang super duper murah tak hingat!!
Harga serendah RM3.00 okey!

Semangat nak masuk berkobar-kobar
Sila ambil kotak untuk isi buku-buku
Owh ya, untuk tak tidak menyusahkan anda untuk bawa buku-buku yang berat, diingatkan anda perlu bawa luggage untuk isi buku-buku jika anda memang berhajat untuk membeli dengan kuantiti yang banyak. Tapi jangan sampai menyusahkan pengunjung lain okey?

Di BBW, rasanya semua jenis buku ada dijual. Pembahagian jenis-jenis buku mengikut section tertentu. Contoh, Cookery, Pet, Children, History,  Science, Travel, Reference dan lain-lain. (Banyak sangat sampai tak ingat)
Kat atas ada tempat makan dan playground untuk kids
Sangat banyak pilihan
 Buku Jamie Oliver yang super murah!
Murah-murah
Ruang Cashier yang banyak dan cepat

Okey, sudah ada rasa yang berminat? Jangan tunggu-tunggu, jom ke BBW sementara masa masih ada!!!

Dan jangan lupa, simpan resit-resit buku ini untuk dikira di dalam cukai anda. Sebab, pelepasan cukai sehingga RM1,000.00 untuk pembelian buku dan majalah. Beli lah sebanyak mana yang mampu.

Jumpa Lagi!!


No comments:

Post a Comment