Monday 2 December 2013

Makan malam di Tree Steak House

Bagi penggemar makanan barat/ western, kami syorkan anda cuba makan di restoran seperti di bawah ini.

Paya Jaras, Sungai Buluh
Restoran ini terletak berhadapan dengan jalan utama iaitu Jalan Kuala Selangor.  Jika anda dari KL, terus masuk ke Jalan Kuala Selangor dari MRR2/ Lebuh Utara Selatan, perhatikan sebelah kiri anda ada Pasaraya Econsave, jalan terus lagi, dan sebelah kiri ada Stesen minyak Caltex, jalan lagi dan ambil perhatian pada sebelah kiri anda (cuba perlahankan kenderaan), dan dari jauh anda akan lihat restoran seperti gambar di atas. Sepanjang jalan ini, terdapat banyak deretan kedai makan. So, sila tengok betul-betul.

Restoran ini juga ada menyediakan tempat parking. Tapi anda perlu cepat-cepat belok ke kiri sebelum melalui restoran ini kerana tempat parking disediakan di dalam kawasan restoran. Jika terlepas, bolehlah parking di sepanjang jalan yang berdekatan. 

Tempat duduk pun banyak disediakan. Pilih sahaja tempat duduk yang anda selesa. Di setiap meja ada butang untuk panggil pelayan datang. 

Banyak menu menarik yang buat kami rambang mata untuk memilih (first time cuba lepas disyorkan officemate). 

Bakau Black Russian (Lamb & Beef with black paper & BBQ sauce. Sangat sedap!!!!! RM21.90
Nasi goreng chef RM5.50 -menu untuk si kecik yang tak nak makan western. Tak pedas dan sesuai untuk budak-budak. Dah makan baru teringat ambil gambar
Pelbagai menu pilihan
Lagi menu pilihan




















Kami cuma sempat mencuba 3 menu termasuk mushroom room (tiada dalam gambar). Semuanya sedap dan kami puas hati. Lain kali pasti akan cuba lagi!!!

Jika anda nak tahu maklumat lanjut, boleh melawat facebook Restoran ini di
https://www.facebook.com/pages/Tree-Steak-House/179329775457408 

Apa yang kami tahu, Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 4.00 petang sehingga 12.00 malam. 

No. fon restoran 016-343 6550

Dan yang pastinya, restoran ini sudah menjadi pilihan JJCM 

Memang tak rugi jika mahu cuba
 Ok, Jumpa Lagi!!

No comments:

Post a Comment